Malay Language
Key Programmes
Dwi Mingguan Bahasa 2020 | Mother Tongue Language Fortnight 2020 |
**Darjah 1 | Lagu Tradisional Kanak-kanak** |
Malay Traditional Childrens’ Song
Bengkel ‘Lagu Kanak-kanak’ memberikan peluang kepada murid-murid Darjah 1 untuk belajar sambil berseronok. Murid-murid belajar menyanyi dan menari lagu kanak-kanak tradisional dan juga lagu kanak-kanak moden.
Melalui bengkel ini, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran literasi dan juga meluaskan penguasaan Bahasa Melayu.
Bukan itu sahaja, murid-murid mempelajari tentang budaya kita dan nilai-nilai murni yang disampaikan melalui lagu kanak-kanak.
**Darjah 2 | Bengkel Penglipur Lara** |
Traditional Malay Childrens’ Story Workshop
Bengkel Penglipur Lara memperkenalkan murid-murid darjah 2 kepada cerita rakyat. Melalui bengkel ini, murid-murid dapat meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu melalui pembacaan skrip dan penghayatan cerita.
Selain itu, pendedahan kepada teknik-teknik bercerita membantu murid-murid untuk memperbaiki ketrampilan dan meningkat keyakinan diri mereka semasa membuat persembahan. Penggunaan cerita rakyat dalam bengkel ini juga memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari nilai-nilai murni dan pengajaran di sebalik cerita tersebut.
**Darjah 3 | Bengkel Mendeklamasikan Sajak** |
Poetry Recital Workshop
Sepanjang program Dwi Mingguan Bahasa Ibunda, murid-murid darjah 3 mengikuti Bengkel Mendeklamasikan Sajak. Murid-murid dikenalkan kepada seorang wira Melayu, Leftenen Adnan Bin Saidi. Melalui sajak tersebut, murid-murid mempelajari tentang pengorbanan seorang wira kepada tanah air yang tercinta.
Bengkel ini juga mendedahkan murid-murid kepada cara-cara mendeklamasikan sajak dan cara penghayatan sajak. Murid-murid mempelajari teknik-teknik mendeklamasikan sajak yang mampu membantu mereka untuk membuat persembahan di hadapan khalayak ramai dengan yakin dan selesa.
Peringkat | Aktiviti Dwi Mingguan Bahasa 2020 |
Darjah 1 | Lagu Tradisional Kanak-kanak |
Darjah 2 | Bengkel Penglipur Lara |
Darjah 3 | Bengkel Mendeklamasikan Sajak |
Darjah 4 | Bengkel Mengacara |
Darjah 5 | Bengkel Membahas |
Darjah 6 | Permainan Piramida |
**Program Bacaan Berstruktur | Reading Programme** |
Unit Bahasa Melayu telah melancarkan Program Bacaan Berstruktur, yang disasarkan kepada murid-murid darjah 5 dan 6. Objektif program adalah agar pelajar dapat mengembangkan kemahiran berfikir dan bertutur dengan memberi respons secara lisan. Kedua, pelajar akan mengembangkan kemahiran membaca dengan membaca dan memahami artikel surat khabar. Objektif ketiga adalah untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dan frasa yang baik pelajar.
Sejajar dengan objektif yang dinyatakan di atas, Program Bacaan Berstruktur juga adalah untuk memperluas pembelajaran Bahasa Melayu dan mendedahkan pelajar kepada hal-hal semasa. Pelajar kami melanggan Berita Harian Gen-G. Akhbar ini menyampaikan cerita untuk menangani kepentingan di sebalik peristiwa penting dunia dan tempatan dan mempunyai unsur-unsur pembelajaran emosi sosial, pendidikan nilai dan Pendidikan Nasional.
Dengan menggunakan wadah SLS, Program Bacaan Berstruktur juga telah menerapkan Pembelajaran Kendiri sebagai sebahagian daripada strategi pengajaran.
Ia juga menekankan pembelajaran kemahiran bahasa tertentu seperti membaca, bertutur dan tatabahasa dengan menyediakan aktiviti pelajaran, yang diselitkan oleh guru Bahasa Melayu dalam pelajaran mereka di bilik darjah.
**Pertuturan dan Drama | Speech and Drama** |
Pembelajaran drama menjadi satu wadah pembelajaran dan pengajaran yang menarik. Tenaga pengajar SRBG telah menerapkan kaedah yang bersistematik untuk mendedahkan pelajar-pelajar dengan kemahiran teras bertutur ini dari peringkat awal dan mengembangkannya sehingga menjadi penutur yang petah apabila berkomunikasi.
Melalui aktiviti dramatisasi ‘Penglipur Lara’ ini, para pelajar telah dapat mengasah kemahiran berinteraksi di samping meningkatkan kemahiran bahasa Melayu dan keyakinan diri.
**Pertandingan Rakan Bahasa | Rakan Bahasa Competition** |
Acara dwitahunan, Bulan Bahasa, sejak 2011, telah menjadi acara tahunan. Pelbagai aktiviti Bulan Bahasa telah dibuat untuk mempromosikan dan menggalakkan penguasaan bahasa Melayu yang lebih tinggi.
ebagai sebahagian daripada Bulan Bahasa, inisiatif Rakan Bahasa dianjurkan oleh Majlis Bahasa Melayu, Singapura, untuk mendorong para pelajar yang meminati bahasa dan budaya Melayu, untuk menyebarkan kecintaan terhadap bahasa itu kepada rakan-rakan dan keluarga mereka.
Kami berbesar hati apabila dua pelajar kami, Aqil Haziq bin Mohammad dari P5 Resilience dan Qairyn Qashrina dari P5 Compassionate telah dicalonkan sebagai Rakan Bahasa.
Mereka harus menyelesaikan beberapa misi seperti yang dinyatakan dalam Kad Aktiviti Kembara. Antara aktiviti tersebut ialah berkongsi berita dalam Bahasa Melayu kepada rakan mereka, menghadiri acara Bahasa dan Sastera Melayu secara kendiri dan bersama keluarga, membuat ulasan buku dan juga membuat kajian megenai monumen bersejarah di Singapura.